|
Pengenalan
Program ini adalah program
yang unik kerana ia membenarkan para pelajar untuk
memilh modul yang diminati sesuai dengan komitmen diri.
Program ini menawarkan modul-modul pengajian yang
meliputi pelbagai cabangan ilmu-ilmu Islam.
Modul-modul yang
ditawarkan adalah sama seperti modul-modul yang
ditawarkan untuk program Sijil Pengajian Islam bezanya
hanyalah tiada penilaian (peperiksaan) secara formal
yang akan dijalankan untuk program ini.
Program ini sangat sesuai
untuk mereka yang ini meningkatkan pengetahuan dalam
Islam tetapi tidak mahu melalui beban peperiksaan.
Program ini sesuai untuk
semua peringkat umur (16 tahun ke atas). Tetapi bagi mereka yang tidak
mempunyai asas dan dasar pengetahuan Islam, mereka
dinasihati untuk mengikuti
Program Takrif Islam
terlebih dahulu.
Objektif Program
Pada akhir
program ini, para pelajar akan:
- Lebih memahami agama
Islam melalui ilmu-ilmu dan hukum-hakam yang Islam
terbina padanya
- Dapat menghayati dan
memahami hukum Fikah yang mendasari kehidupan kita
- Dapat melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan lebih baik lagi
Struktur Program
Program ini akan berlangsung secara
bermodul dengan setiap modul mengambil jangka masa
selama 9 minggu, kelas akan diadakan satu kali dalam
seminggu untuk selama 2 jam satu sesi. Sijil Penyertaan
akan diberikan kepada mereka yang tamat program satu
modul pengajian.
Sebagai alternatif, peserta boleh mendaftar untuk
program ini dan menyertai kelas SPI Ekspres (3 minggu
sahaja) atau Mingguan (18 minggu) sebagai pelajar odit.
Waktu dan masuk kelas mengikut kelas-kelas SPI Ekspres
atau Mingguan yang ditetapkan. Jadual pengajian adalah
seperti berikut. (Sila
rujuk pejabat untuk maklumat lanjut).
[ke
atas]
Senarai Modul-Modul Yang
Ditawarkan
-
Aqidah 1
-
Aiqdah 2
-
Akhlak 1 - Tazkiyah Nafs
-
Ekomoni &
Kewangan Islam
-
Faraid
-
Fiqh Ibadat 1 (Toharah,
Solat, Puasa)
-
Fiqh Ibadat 2 (Zakat, Haji)
-
Fiqh Dakwah 1
-
Fiqh Dakwah 2
-
Hadis AKhlak
-
Hadis-Hadis Hukum
-
Pengenalan Kepada Fiqh
Minoriti Muslim
-
Pengenalan Ulum Hadis
-
Pengenalan Ulum Quran
-
Prinsip-Prinsip Kesederhanaan
Dalam Islam
-
Sejarah Islam 1 (Khulafa
Rashidun)
-
Sejarah Islam 2 (Daulah
Umawiyah)
-
Sejarah Islam di Nusantara
|
-
Sirah Nabawiyah 1 (Era
Sebelum Hijrah)
-
Sirah Nabawiyah 2 (Era
Selepas Hijrah)
-
Sistem-Sistem Islam
-
Sistem
Kekeluargaan Islam
1 (Munakahat)
-
Sistem
Kekeluargaan Islam
2 (Munakahat)
-
Tafsir 1
-
Tafsir 2
-
Tafsir 3
-
Tafsir 4
-
Tafsir 5
-
Tasawwur Islam
-
Tajwid 1 (Pengenalan)
-
Tajwid 2 (Hukum Mad)
-
Tamadun Islam
-
Tarikh Tasyrie'
|
[ke
atas]
Yuran
Yuran adalah sebanyak
$80 sahaja untuk 1 modul pengajian dan perlu diselsaikan
semuanya sebelum kursus bermula. Ini tidak termasuk
harga nota atau buku
yang diperlukan.
Setiap pendaftaran baru (kali pertama) akan diberikan
buku "Kesederhanaan Dalam Islam".
Penarikan Diri
|
Tempoh
Penarikan Diri |
Jumlah Yuran
Dikembalikan |
|
2 minggu sebelum kursus bermula |
100 % |
|
Kurang dari 2 minggu |
50 % |
|
Selepas pengajian bermula
|
0 % |
[ke
atas] |