|
Matlamat Program
- Melahirkan individu
Muslim yang memahami Islam, beramal denganya dan
menjalankan kewajipan
Islah
-
Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardu ain
dan ilmu-ilmu asas
- Mendedahkan dan menjelaskan Fikrah
Islamiah dan Tasawur Islami terhadap beberapa aspek
kehidupan (ekonomi, sosial, politik, pendidikan dan tamadun)
Syarat Kemasukan
-
Berumur 16 tahun ke atas.
-
Individu yang pernah mengikuti kursus fardu 'ain yang
diiktiraf.
-
Mampu membaca Al-Quran peringkat asas.
-
Pelajar madrasah sepenuh masa yang tamat menengah 2.
[ke
atas]
Struktur Kursus
Secara amnya, SPI terbahagi kepada 2
peringat pengajian. Setiap peringkat pengajian
menawarkan 6 modul utama. Pelajar yang menamatkan 12
modul atau 18 kredit pembelajaran dan kemudian lulus
dalam Peperiksaan Am Sijil Pengajian Islam di akhir pengajian anjuran Institut Pengajian Islam
Pergas akan diberikan Sijil Pengajian
Islam.
SPI juga menawarkan struktur yang
fleksibel dan mesra pelajar. SPI menawarkan 2 jenis
laluan untuk menemukan keperluan pelajar dan memantapkan
komitmen.
2 laluan ini bertujuan untuk memenuhi
pendidikan agama fardu 'ain (wajib) pada pelajar dan
dalam masa yang sama memastikan bahawa pelajar dapat
melaksanakan tuntutan kehidupan atau pekerjaan dengan
selesa.
|
u
SPI Laluan Ekspres |
Untuk SPI Laluan Ekspres kelas
akan diadakan dua kali seminggu untuk selama 3
1/2
jam satu sesi pertemuan.
Setiap modul pembelajaran boleh
ditamatkan dalam 6 sesi pertemuan.
Pada keseluruhannya, semua modul
pengajian untuk peringkat SPI boleh ditamatkan
dalam jangka masa 1 tahun (12 bulan).
|
|
u
SPI Laluan Mingguan |
SPI Laluan Mingguan akan diadakan
pada hari Ahad pagi. Kelas akan diadakan selama
3 1/2 jam termasuk masa rehat.
Laluan ini akan mengikut sistem
semester. Dalam satu semester akan ditawarkan 3
modul. Satu semester adalah selama 5 bulan.
Pada keseluruhannya, semua modul
pengajian untuk peringkat SPI boleh ditamatkan
dalam jangka masa 2 tahun.
|
u
SPI Laluan Ekspres
Mingguan |
SPI Laluan Ekspres
Mingguan akan diadakan pada hari Sabtu petang.
Kelas akan diadakan dari jam 2.30 petang hingga
9.00 mlm.
(Akan diumumkan
kemasukan)
|
[ke
atas]
Carta
Penerusan Sijil Pengajian Islam
Sijil
Lanjutan Pengajian
Islam (18 bulan) |
Peringkat
3 (6 modul) |
|
|
Peringkat
2 (6 modul) |
|
Peringkat
1 (6 modul) |
|
|
 |
|
Sijil
Pengajian Islam
(12 bulan) |
Peringkat
2 (6 modul) |
|
|
Peringkat
1 (6 modul) |
|
Mata pelajaran
|
Kod
Kursus |
Tajuk
Kursus |
|
SUAQ01 |
Aqidah 1 : Pengenalan
Kepada Rukun Iman |
|
SUAQ01 |
Aqidah 2 :
Kepentingan Aqidah & Bahaya Kufur |
|
SUHN01 |
Pengajian
Hadis Nabawi 1 : Hadis Iman & Akhlak |
|
SUHN02 |
Pengajian
Hadis Nabawi 2 : Sosiologi Seorang Mukmin |
|
SATQ01 |
Pengajian
Tafsir 1 : Juz 'Amma Ayat-ayat Iman |
|
SATQ02 |
Pengajian
Tafsir 2 : Hidayah Al-Quran |
|
SATJ01 |
Tajwid
Al-Quran 1 |
|
SATJ02 |
Tajwid
Al-Quran 2 |
|
SUSN01 |
Sirah
Nabawiyah 1 : Zaman Pra Kenabian & Risalah |
|
SUSN02 |
Sirah
Nabawiyah 2 : Selepas Era Hijrah |
|
SSFI01 |
Pengantar
Fiqh Islam 1 : Ehwal Thoharah, Solat & Puasa |
|
SSFI02 |
Pengantar
Fiqh Islam 2 : Ehwal Zakat & Haji |
[ke
atas]
Ringkasan Kursus
Aqidah
Modul ini akan memberi pengenalan dan mukadimah kepada
Ilmu Aqidah dan akan menyentuh tajuk-tajuk yang
berkaitan dengan Makrifat kepada Allah dan
sifat-sifatnya, hal ehwal Kenabian, tanda-tanda Kiamat
dll.
Fiqh
Modul ini membahaskan hukum-hakam yang berkaitan dengan
Bab Ibadat secara khususnya yang meliputi peringkat
persiapan sebelum melakukan ibadat solat yang hal-hal
yang berkaitan dengannya. Ia juga akan membincangkan
perihal yang berkaitan dengan Puasa, Zat dan juga Haji. Secara umum, kursus akan
menyentuh hal dan keadaan dalam kehidupan harian seorang
Muslim. Bab yang akan dibincangkan juga termasuk perihal
pernikahan, berjual beli yang mana ia semua termasuk
dalam konsep Ibadat yang lebih luas lagi.
Hadis
Modul ini menerangkan hadis-hadis yang menyentuh bab-bab
yang berkaitan dengan keikhlasan, taubat, sabar,
bersegera kepada kebaikan dan lain-lain. Hadis ini
menyentuh aspek pembinaan identiti dan sikap individu
Muslim dan juga masyarakat Islam. Kesemua ini menjurus
kepada pembentukan keperibadian Muslim hakiki yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Sirah Nabawiyah
Modul ini menerangkan tentang hal keadaan masyarakat
dunia secara amnya dan masyarakat Arab Jahiliyah secara
khusus sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Selanjutnya
ia akan menyentuh peristiwa-peristiwa dalam sejarah
Rasulullah menurut susunan kronologi. Kursus ini akan
mendedahkan pengajaran yang penting yang dapat diraih
daripada Sirah Nabi yang menjadi petunjuk yang kekal
relevan hingga ke zaman moden ini.
Tajwid
Modul ini
memperkenalkan kepada
hal-hal yang berkaitan dengan Tajwid 'Ilmi (Teori).
Pelajaran yang akan disentuh meliputi perbincangan
tentang ilmu Tajwid sebagai satu cabang ilmu dan
perbahasan-perbahasan yang berkaitan dengannya seperti
perihal Markraj & Sifat-Sifat Huruf, hukum Nun Sakinah,
hukum Mim Sakinah, hukum Madd dan sebagainya. Tajwid
'Amali (Praktikal) juga akan ditumpukan semasa sesi
pengajian.
Tafsir
Modul ini mengupas maksud, hukum-hakam, kisah-kisah &
pengajaran daripada surah-surah pilihan. Pembelajaran
akan menyentuh surah-surah Makkiyah dan Madaniyah yang
masa setiap daripada surah-surah mempunyai pendekatan
tertentu dalam membahasakan hukum-hakam.
[ke
atas]
Jadual Pengajian
|
Minggu/Hari |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Jumaat |
Sabtu |
Ahad |
|
Minggu 1 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
|
|
Kelas 4 |
|
Minggu 2 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
|
|
Kelas 4 |
|
Minggu 3 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
Kelas 1 |
Kelas 2 |
|
|
Kelas 4 |
|
Kelas 1 & 2 (SPI
Ekspres) 2x seminggu |
: 6.30 ptg - 10.10
mlm |
|
Kelas 4 (SPI
Mingguan) 1x seminggu |
: 9.30 pg -
1.00 tgh |
SPI Ekspres : 1 modul diselesaikan dalam 3 minggu
SPI Mingguan : 1
modul diselesaikan dalam 18 minggu
Yuran
|
Yuran Pendaftaran & Pentadbiran |
: $ 60 |
|
Yuran Kursus |
: $ 300 (1
semester) |
Setiap pendaftaran baru (kali pertama) akan diberikan
buku "Kesederhanaan Dalam Islam".
Penarikan Diri
|
Tempoh
Penarikan Diri |
Jumlah Yuran
Dikembalikan |
|
2 minggu sebelum kursus bermula |
100 % |
|
Kurang dari 2 minggu |
50 % |
|
Selepas pengajian bermula
|
0 % |
* Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan
[ke
atas] |