Utama | Main    Mengenai IPIP | About IPIP    Hubungi Kami | Contact Us

 [ Program | Programmes ]   [ Berita IPIP | IPIP News ]   [ Pelajar | Student ]   [ Kenali Islam | Know Islam ]   [ Ehwal Semasa | Current Affairs ]

  Program Takrif Islam

 

Program Takrif Islam

 

>> Pengenalan

 

>> Objektif Program

 

>> Struktur Program

 

>> Sinopsis Modul Pengajian

 

>> Yuran

 

>> Penarikan Diri

 

>> Borang Permohonan

 

>> Brosur Kursus

 

Kursus Akan Datang

 PTI - 2 Dalam 1


  - Jumaat, 7.30 ptg - 10.10 mlm,

    Modul:
    PTPE Pengenalan Kepada
    Islam
 
 - Sabtu, 2.30 ptg - 5.20 ptg
    Modul:

    PTAS01 Asas Agama Islam 1
 
 - Mula, 2 April 2010
 

Sesi Previu Program
 
 Rabu, 10 Mac 2010, 7.45 mlm,

 Wisma Indah, Aras 3,

 Untuk hadir sila hubungi:

 Rooslin adi talian 63459351 atau
 emel ke ipip@pergas.org.sg

 

 

Pengenalan

 

Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara formal. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.

 

Objektif Program

 

Pada akhir program ini, para penuntut akan:

 

- Mengetahui, secara menyeluruh, dasar-dasar Agama Islam

- Memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak misali dalam kehidupan harian

- Mengenal dan membaca Al-Quran dengan aplikasi hukum-hukum tajwid pada peringkat permulaan

- Melaksanakan ibadat solat dengan memahami hukum-hukum yang berkaitan dengannya dalam
  hal-hal tertentu

 

Struktur Program

 

Program ini akan berlangsung secara bermodul dengan setiap modul mengambil jangka masa selama 6 minggu untuk kelas 1 minggu 1 sesi, dan 3 minggu untuk kelas 1 minggu 2 sesi, kecuali modul Solat - Pengenalan & Pelaksanaan (6 minggu). Pelajar perlu mengikuti modul pengajian secara berurutan seperti yang disenaraikan di bawah ini. Di mana 3 modul pertama dan modul PTBA02 Bacaan Al-Quran 2 adalah modul-modul wajib dalam program ini.

 

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Pengajian Islam (SPI). Mereka perlu menduduki satu ujian penilaian yang meliputi ujian bertulis dan juga ujian lisan.

 

Mereka yang lulus dalam ujian tersebut akan diberikan Sijil Pengajian Islam Asas manakala Sijil Penyertaan akan diberikan kepada mereka yang tamat program tanpa mengambil ujian penilaian.

[ke atas]

 

Sinopsis Modul Pengajian

 

Kursus-Kursus Wajib

 

PTPE Pengenalan Kepada Islam

Modul ini memberi fokus kepada inti sari agama Islam yang meliputi Akidah, Akhlak dan beberapa maklumat dasar dalam persoalan Fikah. Modul ini akan memberikan penuntut beberapa cadangan praktikal dalam melaksanakan amalan-amalan harian sesuai dengan petunjuk dan cara yang dianjurkan oleh Islam.

 

PTAS01 Asas Agama Islam 1

Modul ini akan membahaskan dengan lebih lanjut beberapa hukum-hukum Fikah khususnya yang berkati dengan hal-hal Ibadat yang mencakupi bab Thoharah & Solat. Modul ini juga akan menerangkan dengan menyeluruh, tanpa menyentuh dengan mendalam, hukum-hukum Fikah ini dan membimbing kepada pelaksanaan hukum-hukum yang praktikal dari kehidupan seharian.

 

PTAS02 Asas Agama Islam 2

Modul ini akan menyingkap Sirah Rasulullah s.a.w. secara ringkas dan memberi panduan kepada kepentingan memahami Sirah Rasulullah dan perkaitannya dalam kehidupan seorang Muslim. Modul ini juga akan menyentuh tentang sejarah Islam secara am.

 

PTBA02 Bacaan Al-Quran 2 - Tahsin

Modul ini akan lebih fokus kepada pelancaran bacaan. Penuntut akan membaca surah-surah pilihan daripada Juz Amma dan surah-surah yang lazim.

 

Kursus-Kursus Pilihan

 

PTBA01 Bacaan Al-Quran 1 - Pengenalan

Modul ini memperkenalkan kepada peringkat asas dan dasar dalam bacaan Al-Quran. Fokus akan diberikan kepada aspek mengenali huruf dan bacaan-bacaan yang mudah dan pendek. Tajwid akan disentuh tanpa memberi penekanan kepada aspek teori secara mendalam.

 

PTSO Solat - Pengenalan & Perlaksanaan

Modul ini adalah modul praktikal solat. Penuntut akan diberi latihan praktikal solat dalam keadaan biasa dan juga hal-hal tertentu seperti dalam kapal terbang, bas dll. Modul ini juga akan menerangkan kepada hal pelaksanaan solat yang bersifat mudah dan fleksibel.

 

[ke atas]

 

Yuran

 

Yuran adalah sebanyak $80 sahaja untuk 1 modul pengajian kecuali modul PTSO Solat, yurannya adalah sebanyak $70. Ini tidak termasuk harga nota atau buku yang diperlukan.

 

Setiap pendaftaran baru (kali pertama) akan diberikan buku "Kesederhanaan Dalam Islam".
 

Penarikan Diri

 

Tempoh Penarikan Diri

Jumlah Yuran Dikembalikan

2 minggu sebelum kursus bermula

100 %

Kurang dari 2 minggu

50 %

Selepas pengajian bermula

0 %

[ke atas]

 

  Hak Cipta Terpelihara : Institut Pengajian Islam Pergas 2007